Terhebat :)

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatu :)
If you want to talk about me behind my back, go ahead. See if I care. Because that just shows how weak you really are. Love me or hate me, God has my back. Im not pretty & Im not ugly to. Still thank to God. Proud to be a Muslim & believe in Allah :)

Hidup atau Mati


Pernah kau fikir ?
Kehidupan seorang anak yang tidak ingin mengecewakan perasaan ibu bapanya ?
Melaksanakan semua impian ibu bapanya ?
Cita cita ibu bapa nya ?

Pernah kau fikir betapa seksanya penglihatan seorang anak melihat seorang bapa nya dilayan dengan pilih kasih oleh bapanya sendiri ?
Pernah kau melihat seorang ibu melahirkan seorang anak tanpa pertolongan seorang ibu mertua ?
Diberi biskut 4 segi selepas beberapa jam melahirkan seorang anak perempuan sulong
tanpa suami di sisi .
Tanpa ibu sendiri di sisi .
Pernah kau rasa dunia sekejam itu ?

Cuba kau bayangkan bila kau ditempat seorang anak perempuan ini .
Atoknya tidak mahu mendukungnya kerana budak itu mempunyai ruam di badan .
Kata atok nya budak itu kotor .
Hina sangat kah ?
Mengapa perlu kau terlalu memilih kasih sehingga begitu ?
Padahal cucu lain ada ruam lebih dari itu ?

Ya anak kau hodoh , bodoh .
Sebab itu lah kau benci anak , mertua dan sehinggalah kecucunya .

Pernah tak kau terfikir ?
Anak kau yang hina itu la selalu menyayangi kau ?

Dendam .
Dendam seorang anak melihat ibu bapa nya terseksa .
Mengejar cita cita untuk membuktikan
ibu bapa nya tidak mempunyai satu pun zuriat yang BODOH !

Kehidupan amat tertekan .
Bila terkenangkan sejarah lama .
Kesemuanya penuh dengan dendam dan pembalasan .

Seorang anak yang penuh dengan harapan ibu bapa .
Hidup dengan pertelingkahan suami dan isteri .
Amat amat tertekan .

Jika kamu seorang lelaki tidak mampu untuk menyara sebuah keluarga .
Berhentilah .
Berhentilah untuk memikir untuk berumah tangga .
Kelak kamu di hina dan di herdik .
Kawal lah nafsu mu .
Kawal lah .
Jadilah seorang lelaki yang bertanggungjawab menjaga wanita itu sebelum menikahinya bukan merosakkannya .
Ingat lah , tiada seorang perempuan pun yang mahu dirinya rosak .

Jika berkahwin tetapi tidak dapat melaksanakan tanggungjawab .
Anak anak kamu yang bakal tertekan .
Mendengar pertelingkahan ibu bapa nya sendiri .

Manusia tidak pernah mengenal erti setia dan sebab itu la
seorang anak perempuan itu dari kecil suka termenung menyimpan seribu masalah di fikirannya .
Termenung berkata sorang sorang .
Sehingga la anak itu mempunyai seorang kawan dalam dunia lain .

Hidup dengan penuh tertekan dengan pelajaran .
Tertekan dengan tuduhan yang melampau .

Paranormal .
Mungkin bagi seseorang yang tidak pernah merasa ia suatu keistimewaan .
Kehidupan yang terjadi memang satu hikmah .
Apabila sesiapa melihat kejadian seperti itu .
Baru lah mereka mahu sujud kepada Allah SWT .
Mengapa begitu lama ?

Hidup atau mati ?
Anak perempuan itu memilih hidup .
Meneruskan hidup nya yang penuh berliku .
Mengejar cita cita .
Membangga kan keluarga .
Demi ibu bapa tercinta .