Terhebat :)

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatu :)
If you want to talk about me behind my back, go ahead. See if I care. Because that just shows how weak you really are. Love me or hate me, God has my back. Im not pretty & Im not ugly to. Still thank to God. Proud to be a Muslim & believe in Allah :)

RM100 sahaja ke Genting Highlands

Assalamualaikum .
Aduhh lamanya aku tak update blog .
Ni bukan sawang je ada
stalaktit dengan stalagmit pun ada
dah macam gua .


errr
aku cuba imagine yang blog aku macam gambar kat atas ni
=="

Ok cukup , hari ni aku nak cerita pasal Genting Highlands . Ok mesti ramai yang tak reti budjet pergi Genting ni kan ? Kalau korang betul betul nak jimat , ikut la cara macam aku buat ni . Haha . RM100 tu cukup .

Mula mula , korang set dulu nak pergi Genting Highlands tu bila , contoh nak pergi hari Jumaat . Hari Isnin tu korang start la beli tiket kat KL Sentral . Sebaik baiknya ambil tiket yang pergi awal sekali dan balik lambat sekali . Hah !

Hujan dan jem , haihh .
Masa ni nak beli tiket
masa ni juga la jem .

Punya la jem teruk sampai mashimaro pun tidur .

Errr , saje nak bagi tau yang aku student unisel :)
penuh kontroversi gitu .
Tak payah bayar masuk tb :)
Haha

Ok dah dapat tiket , gerak pukul 11.45 pagi .
Harga RM5.30 sahaja .
Sebenarnya bas paling awal ada tapi masa ni esok nak
pergi aku baru beli tiket .
Macam ni la padahnya .

Condition of carriage .

Tiket balik RM5.30 juga .

Keesokann hari . . .

Dengan hanya memiliki kancil yang comel ni . kami berempat pergi ke KL Sentral .
Asalnya nak pergi dengan member rumah sewa tapi apa kan daya .

MEREKA TAK BOLEH PULAK

Tidak mengapa lah , lepas ni dah tak nak ajak jalan jalan jauh dah . Buat aku kecik hati je tapi bukan salah dorang pun , dorang kata parents dorang yang tak bagi . Tak pa la , malas nak layan kecik hati , aku pun mesej la Auzee , best friend aku dari sekolah rendah . Dia pun jadi . Kitorang pergi berempat , aku , Auzee , Azri , dan Asyraf , boipren aku . Haha


Kitorang sebenarnya terlewat pergi ke KL Sentral
dan kitorang juga terlepas bas .
Haha

Malas nak runsing runsing naik la teksi .
Opss
Teksi mahal
Jangan la naik ok .
Haha

Dengan ngilu nya aku naik dengan pakcik teksi ni
akhirnya sampai juga .
Sumpah laju pakcik ni bawa .
Seram aku .

Ni dalam teksi , kat cermin tu nampak la mata pakcik tu .
Haha

Ni Auzee , aku tak faham dengan dia .
Tengah tegolek golek macam nangka kat belakang
pun dia nak amik gambar .
Aku pun bosan ambil la gambar juga .
Haha
2 kali 5 ja .

Yeayy sampai dah .
Kat sini tempat beli tiket .
Nanti beratur elok elok tau .

Hai , aku penulis blog ini .
Haha

Ni la kami bertiga .
Errr boipren aku tak da sebab dia yang snap kan gambar ni .
Terima kasih ya mokmok :)

Haaa akhirnya masuk pun dalam ni .
Harga tiket masuk RM66 termasuk outdoor dengan indoor .
Berbaloi baloii ~

Sedang aku kusyuk main main jalan jalan kat Genting ni
tetiba aku nampak teddy bear gantung diri .
Kesian dia .
Mati sia sia .
Hurmm

Aku cuba buat muka macam kuih pau .
Ada macam kuih pau ke ?
Err

Duck face ?
muka remaja masa kini .
Hahaha

Ok nak naik solero
nak naik solero .
Sejukknyaa kat sini jah oii .

Sempat menggedik lagi nak ambil gambar
kejap lagi nak naik flying dragon .
Haha
Seronok main tuuu .

Ni la indoor nya .
Cantik tak ?

Pirate ship :)

Yang mana tak uzur boleh solat tu boleh la solat
surau banyak

Matahari .
Nampak cam best je .
Aku pun naik la .

Beratur nak naik matahari .

Dah sampai dekat matahari .
Yeayy

Ok sejuk sangat , tak tipu .

Mainan pertama yang aku main .
Dah la sejuk , tinggi pulak dia hayun .
Aku tahannn je nak kencing .
Hahah

Alamak Gomo la !
June : Aku nak pergi ambil gambar dengan Gomo
Auzee : Kau ni ngada ngada la , jom la cari Azri .

Untuk pengetahuan saudara dan saudari , masa ni Azri merajuk apa tah dengan Auzee . Lepastu tak lama tu , Auzee menyendeng kat aku dengan Asyraf . Dia tak bagi aku ambil gambar dengan Gomo . Huh !

Tapi aku ambil jugak gambar dengan Gomo .
Hahaha
Suasana waktu malam .

Korang nampak tak tiang putih tinggi tu
Tu nama dia Solero .
Aku ni mula mula nak naik tapi dah naik tu
Aku rasa dah tak nak naik
Punya la laju dia jatuh .
Terangkat bontot .
Aku nak jerit pun takut .
Takut gila .
Dah la takut , gila pulak .
Sumpah seram .

Busy cari Azri , kemana kau Azri ?

His name is Mohamad Nor Asyraf :)
I love him . Heee

Jam dah menunjukkan pukul 8.15 malam .
Kami pun bergegas ke tempat bas .
Risau bas tinggal lagi .
Azri ni hilang lagi , yang Auzee nak menangis dah .

Haih tension aku dengan si Auzee ni .

Kan aku dah kata dia nangis !

Haa muncul pun Azri ni .
Letak gambar belakang baru nampak kontroversi sikit kan .
Haha

Dah naik bas tu , sampai la ke KL Sentral . Kitorang pun carila tempat bayar parking kereta . Kena la RM40 . Bahagi 4 kena la sorang RM10 .

Mokmok ni macam gengster la jalan .
Haha


Haihhh tak habis habis lagi sedihnya .

Mesti pelik kan kenapa kitorang tak makan ? Haha . Sebenarnya pagi tu kitorang dah masak , makan . Lepastu aku bawa bekal nuget satu peket . Kat sana tak boleh makan berat berat . Nanti muntah pulak . Nak naik spider coaster tu . . Mai aiii tegolek golek kang menyembur keluar balik makanan . Aku pergi sana main macam macam dan yang paling aku tak boleh lupa tu naik solero la . Ya Allah , tuhan je la maha mengetahui betapa takutnya aku . Naik benda lain ok lagi .

Jumlah kalau ikut total la kan , sorang RM86.60 . RM86.60 tu termasuk tiket pergi dengan balik RM 10.60 + Tiket masuk taman tema Genting RM66 ( indoor dan outdoor ) + Parking kereta RM10 seorang = RM86.60 . So , ada lebih lagi RM13.40 .

Kalau nak jimat ikut la cara ni , bawa bekal makanan :) Ok semua . Selamat beramal :)